Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century


http://www.sinarharian.com.my/nasional/kaji-standard-penghasilan-tayar-celup-kenderaan-berat-1.659314
Sumber: Sinar Harian

 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan Datuk Seri Hamzah Zainudin melihat pembuatan tayar celup ketika membuat lawatan ke kilang membuat tayar celup di Senawang dekat sini hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengkaji semula standard penghasilan tayar celup kenderaan berat di negara ini bagi meningkatkan tahap keselamatan sekali gus mengurangkan risiko kemalangan.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kajian semula itu juga mengambil kira perubahan cuaca semasa, yang mana standard lama yang dipatuhi ketika ini, tidak lagi bersesuaian.
"Di negara Eropah mereka telah tingkatkan satu standard baharu bagi tayar celup yang dihasilkan meskipun negara mereka beriklim sejuk, apatah lagi kita dengan keadaan cuaca yang panas. Jadi kita juga mahu kualiti tayar celup yang dihasilkan harus mengikut kesesuaian cuaca negara kita.
Beliau berkata setakat ini, jawatankuasa petugas terdiri daripada KPDNKK, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Sirim Berhad bersetuju agar tayar celup yang dikeluarkan perlu meletakkan label tarikh pengeluaran, memastikan tayar terpakai digunakan tidak melebihi tiga kali dan melihat gam getah yang digunakan dalam pembuatannya.
"Kita mahu keseluruhan industri yang menghasilkan tayar celup ini menggunakan standard yang baharu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan mengejut ke sebuah syarikat pengeluar tayar celup di Senawang, di sini hari ini. - Bernama