Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century


14/07/2017 12:44pm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0714&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
Sumber: Kosmo
Oleh TOREK SULONG


 
Kerajaan telah menyediakan insentif Kenaf bernilai RM2,385 sehektar bagi pengeluaran fiber dan RM2,999 bagi pengeluaran benih kepada setiap petani yang mengusahakan tanaman itu.
________________________________________


PASIR PUTEH - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyediakan pelbagai insentif kepada pengusaha tanaman kenaf dalam usaha merealisasikan industri kenaf sebagai komoditi baharu negara.
Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, Program Industri Kenaf Rakan Rakyat (IKRaR) dilancarkan oleh Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bertujuan memberi galakan kepada rakyat mengusahakan tanaman berkenaan bagi penghasilan pelbagai produk yang berkaitan.
"Sektor komoditi ini kini menjadi pengeksport utama berbanding sektor-sektor lain yang memberi impak besar dalam pembangunan sosio ekonomi negara.
"Pada tahun lalu sektor ini telah menyumbang sebanyak RM122 bilion kepada pendapatan eksport negara dan tampil sebagai penyumbang kedua terbesar selepas sektor elektrik dan elektronik," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program IKRaR di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Berangan, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi LKTN, Datuk Mohd. Adhan Kechik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkefli Ali dan Ketua Pengarah LKTN, Samsudidn Noor.
Siew Keong berkata, kerajaan telah menyediakan insentif Kenaf bernilai RM2,385 sehektar bagi pengeluaran fiber dan RM2,999 bagi pengeluaran benih kepada setiap petani yang mengusahakan tanaman itu.
"Pada tahun ini sebanyak RM5.62 juta diperuntukkan agar sasaran tanaman kenaf seluruh negara mencapai keluasan 2,200 hektar. kejayaan telah membuktikan negara mampu menghasilkan keperluan fiber dan barangan berkualiti untuk pasaran antarabangsa selain tumbuhnya industri hiliran dan pembuatan berasaskan tanaman berkenaan," katanya. - K! ONLINE