Laman Web Rasmi
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi
(MPIC)

A- A A+
Arial | PT Sans | Century

 

Karnival Ekspresi FELDA Negaraku Malaysia Sempena Sambutan Hari Peneroka FELDA 2017 Peringkat Kebangsaan, 21-23 Julai 2017, Dataran Putrajaya. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.Booth Pameran MPIC dan Agensi serta Majlis di bawah MPIC sempena Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 turut di buka kepada pengunjung sepanjang program berlangsung.

Selanjutnya: https://www.facebook.com/MPICMalaysia/posts/1437566546292297

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi (MPIC) mengadakan Sesi Taklimat Isu-Isu Dan Pelaksanaan Aktiviti Industri Sawit Negara kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional Backbenchers (BNBBC) pada 25.07.2017 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Taklimat telah disampaikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), YB Datuk Seri Mah Siew Keong. Hadir sama YB Datuk Datu Nasrun Datu Mansur, Timbalan Menteri MPIC dan YB Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Pengerusi BNBBC.

Selanjutnya: https://www.facebook.com/pg/MPICMalaysia/photos/?tab=album&album_id=1442836162432002