faq |  contact |  complaints |sitemap      sawit

This article in Malay language only. We will update soon.

Biodiesel IndustryBiodiesel ProgrammeBiodiesel LicensingBiodiesel Industry AchivementsContact Us

bba

Biodiesel sawit adalah biobahan api mesra alam yang digunakan sebagai pengganti diesel petroleum. Ia dihasilkan daripada minyak sawit selepas proses kimia.
Biodiesel adalah sumber boleh diperbaharu dan diesel petroleum pula sumber yang terhad
Jenis diesel yang dijual di sesetengah stesen i.e Euro 2M (nozel hitam) dan Euro 5 (nozel biru). Diesel Euro 2M dan Euro 5 masing-masing diadun dengan biodiesel sawit pada kadar 10% (B10) dan 7% (B7)
Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Indonesia, Minnesota (USA), Colombia, Argentina dan Brazil telah menggunakan adunan biodiesel dengan diesel B10 dan B20 sejak awal tahun 2000.
Program B5 dilaksanakan bermula Jun 2011 dan Program B7 pada Disember 2014 di sektor pengangkutan. Bermula Disember 2018, Program B10 dilaksanakan di sektor pengangkutan seluruh Malaysia.

Biodiesel B5

Biodeisel B5 adalah program mandatori B5 (adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% dieselpetroleum) dilaksanakan bagi sektor bersubsidi diSelangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka bermula Jun 2011 secara berfasa

Program B5 ditingkatkan kepada B7 secara berfasa melibatkan sektor bersubsidi. Pelaksanaannya telah dimulakan di Semenanjung pada November 2014 dan diikuti dengan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai Disember 2014. Pelaksanaan Program B7 bagi sektor bersubsidi akan membantu meningkatkan keperluan biodiesel sawit sebanyak 576,000 tan setahun

Biodiesel B7

Kerajaan pada 17 Oktober 2014 telah bersetuju supaya Program B5 ditingkatkan kepada B7 secara berfasa melibatkan sektor bersubsidi. Pelaksanaannya telah dimulakan di Semenanjung pada November 2014 dan diikuti dengan Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai Disember 2014. Pelaksanaan Program B7 bagi sektor bersubsidi akan membantu meningkatkan keperluan biodiesel sawit sebanyak 576,000 tan setahun

Biodiesel B10

Bagi pelaksanaan Program B10, MPI dan MPOB telah mengadakan beberapa siri perbincangan / konsultasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam sektor automotif termasuk Japan Automobile Manufacturers Association (JAMA) dan Malaysian Automotive Association (MAA), Federation of Malaysia Manufacturers (FMM), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meneliti kesesuaian penggunaan B10 dalam sektor berkenaan. Susulan itu, YBM pada 27 Mei 2016 telah membentangkan di Kabinet cadangan untuk meningkatkan program B7 ke B10 di mana Kabinet telah bersetuju dengan cadangan pengurangan GHG melalui program B10. Walau bagaimanapun, program B10 terpaksa ditangguhkan buat masa ini berikutan terdapat perbezaan ketara antara harga minyak fosil dan minyak sawit mentah.

Biodiesel B20

Pulau Langkawi menjadi negeri pertama yang mula menggunakan biodiesel B20 dengan kandungan 20% metil ester sawit untuk sektor pengangkutannya. Stesen Minyak Petronas Kampung Tok Senik, Pulau Langkawi telah menjadi stesen minyak pertama yang menjual B20 di ikuti Pulau Labuan dan seterusnya di Sabah dan Sarawak.

Bahagian Biobahan Api (BBA) berperanan mengawalselia perjalanan industri biobahan api negara, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) dengan memproses permohonan lesen biobahan api untuk diperakukan oleh Jawatankuasa Pelesenan Biobahan Api (JKPBA) sebelum diangkat untuk kelulusan Pihak Berkuasa Pelesenan (PBP).

Aktiviti biobahan api yang dilesenkan adalah seperti berikut:

1. Memulakan untuk membina loji biobahan api atau loji pengadunan biobahan api;
2. Mengeluarkan biobahan api;
3. Mengadun biobahan api dengan bahan api atau biobahan api dengan biobahan api lain;
4. Mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
5. Mengimport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
6. Mengangkut biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
7. Menyimpan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain;
8. Mengukur biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain; dan
9. Menguji biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan biobahan api lain.

Borang Permohonan Lesen boleh dimuat turun di

Borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar ke:

Bahagian Biobahan Api (BBA)
Kementerian Industri Utama (MPI)
No. 15, Aras 8, 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
62654, W.P Putrajaya.

Soon.

For more information on Biodiesel , please contact our division:

mpi

Biodesel Division (BBA)
Ministry of Primary Industries,
Level 8,  
Persiaran Perdana, Presint 2, 
61200 Putrajaya
Telephone No : 603-88803323
Email : bba[@]mpi.gov.my

mpi

Malaysian Biodiesel Association (MBA)
Wisma FMM,
No. 3, Persiaran Dagang, PJU 9, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur, Malaysia.

(t) +603 6286 7200
(f) +603 6277 6714
(w) www.mybiodiesel.org.my
(e) This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.">